Supaya kenangan tidak pudar ;
kronologi perginya seorang AYAH yang dicintai ;
aku zahirkan disini ;
i let the picture stories everything ;
 |
19julai admitted KPJ. Ikutkan arwah papa mula sakit hujung bulan June. Dia mula dengan demam dua hari , kemudian baik..tak lama lepas tu dia mula mengadu lemah dan xde tenaga..diikuti dengan muntah2 yang berterusan..mula dia ingat keracunan makanan..hari demi hari badan makin susut dan bila berjalan papa perlu di papah. mana nak datangnya tenaga bila tia kali dia makan, xlama kemudian dia muntah. makan sikit tapi muntahnya banyak..dari mana datangnya isi muntah tu? puas pujuk ke klinik, mula papa kata mahu pegi tp bila dah siap2 dia kata x larat..kemudian kami panggil angah pulang, papa senang dipujuk bila angah yang memujuknya..dengan harapan kata2 semangat angah akn memberi semangat pada papa..namun, alasan tak larat tetap diberi..sehinggalah papa menyedari kulit muka dan badannya telah bertukar kuning, dan menyangka ianya hypertitis..papa segera mahu ke hospital. terus dibawa berjumpa pakar. pakar terkejut melihat kuning yang sgt kuat. papa warded!
|
 |
setelah warded, papa perlu menjalani beberapa ujian. ECG untuk jantung..ternyata jantung papa sihat. tekanan darah, sangat tinggi, mungkin kerana papa cuak. papa walaupun nampak berani dan tenang dalam hatinya sangat takut. gula normal..paru2 juga normal..akhirnya CT Scan. Dari CT Scan tu la ku dapat tahu ada tumor kat pancreas papa..jujur waktu tu ku xde perasaan..xde rasa sedih xde rasa risau..blurrr..siap boleh tersenyum mcm bukan dengar berita yang mencemaskan..sebab waktu tu ada mama.mama ada sebelah ku dan ku perlu kuat utk mama kuat sama..dalam hati aku dah boleh jangka yang aku bakal kehilangan..cume msg2 dr kawan yg memberikan ku smgt membuatkan ku cube utk berfikir atas smgt yang diberi...
|
 |
Papa tak biasa keseorangan..dia mesti nak ada mama..malam pertama papa di wad mama yang teman kan..aku dan abngchik pulang ke rumah..malam tu juga kami siap2 barang yang perlu, sbb esoknya papa perlu dihantar ke Hosp Sultanah Bahiyah A.star... pakar di sana yang akan melakukan pembedahan untuk papa..dan sebab utama lain lagi papa bekas kakitangan kerajaan, operation di hosp kerajaan adalah percuma..
|
 |
| Ini adalah doktor pertama yang merawat papa ketika di wad.. Dr. Musliha namanya..masih muda,cantik dan manis orangnya..masih banyak yang perlu dia belajar.. melohat dia ke sana ke mari ikut doktor senior, terfikir aku...kuat sungguh semangat doktor ni..kerana minat dan cita2 untuk membantu manusia lain dia cekalkan diri.. menjadi doktor bukan sesuatu yang mudah..x semudah seperti dalam drama..tambah2 perlu melayan kerenah pesakit yang cerewet macam papa.. tanyalah nurse kat situ, doktor kt situ...sape saje yang tak pernah kena marah dengan papa? semua merasa...tapi, papa hormat pada Dr.Musliha..malah sehari selepas operation papa tegur dia dan mahu bersembang dgn dia.. |
 |
| BP dan Glukos dalam darah papa kena selalu monitor..sekejap naik, sekejap turun.. doktor risau dengan keadaan papa..operation date semakin hampir, malah papa di paksa untuk exercise dan makan banyak protein.. papa yang sakit, dia yang merasa..mana dia mampu melakukan semua tu.. aku juga turut di marahi papa kerana paksa papa exercise dan makan..malah aku rela menyuapkan papa makan semata2 mahu dia menelan makanan hospital. Miracle can happen when Allah said Kun Fa Ya Kun, dekat2 dengan operation date tu BP dan glukos papa stabil malah normalnya seperti orang muda..mungkin berkat doa anak2 dan isteri..serta berkat doa kaum keluarga yang lain..adik beradik papa semua datang melawat..anak2 sedara dan sepupu sepapat semua menitipkan doa untuk papa.. |
 |
| Tiba masa untuk papa ke operation room, aku cube untuk tidak menangis..mama tewas namun dia kembali kuat..tapi dalam hati aku banjir juga..menangis dalam diam..sakit, tapi melegakan hati..waktu ni 30 Julai 2012..bulan Ramadhan..kami semua berpuasa..papa pun puasa..kami bertahan untuk memberi semangat pada papa..kalau ikutkan kami tak mampu untuk berpuasa, yelah jaga orang sakit ni banyak tenaga yang diperlukan..papa perlu dipapah jika hendak kemana saje.. |
 |
| aku dan mama tak lekang dr sisi papa..tak terfikir pun nak berjauhan..kami ikut dan hantar sampai ke oepration room.. |
 |
| Menanti dan terus menanti..papa masuk dalam tu tepat jam 3ptg...kami berbuka juga di depan operation room..satu pengalaman yang takkan aku lupakan...pesakit silih berganti masuk dan keluar..sampai satu waktu, tinggal aku,mama,angah dan abgchik je di luar OR menanti papa..tepat jam 9.30mlm doktor yang bedah papa keluar ckp operation berjaya untuk ketika ini..tapi kami tak boleh buat apa kerana tumor dah merebak ke hulu hati. ia dikira sebagai cancer. Stage 4, kami cuma buat satu pintasan untuk membolehkan makanan di hadam..NAH! bagai batu besar hempap ke dada ku..perkhabaran itu bukan baru bagi aku..kerana sewaktu di ISH, doktor ada ckp ia bukan tumor, tetapi dikira cancer..cuma aku saje yang menidakkan kebenaran malah merahsiakan dr yang lain atas nasihat doktor.. Angah ternyata terkejut, mama tenang tapi agak lemah untuk berjalan sendiri..abgchik tergaman.. malah, ketika aku ceritakan pada kaksu dia menangis. |
 |
| Ini papa sejurus selepas di bedah..masuk semula ke wad..antara sedar dan tak..namun papa masih boleh menjawab ketika mama memberi salam padanya..papa kenal kami..syukur Alhamdulillah..tak mampu aku melihat tangan papa terketar2, mungkin sejuk..mungkin terasa sakit, mungkin....masih ada rasa takut. |
 |
| Sebahagian kecil tumor yang ada di pancreas..ni saje yang dapat mereka keluarkan..lain2 bahagian mereka tak berani nak usik..kerana terlalu bahaya.. Sekali lagi mama disisi papa meneman sehingga papa betul2 sedar..kami kesian tapi mama bertegas.. kami pulang dengan rasa yang pelbagai..aku menangis dalam kereta..sedar apa yang bakal aku hadapi kelak..tetap berdoa semoga ia takkan terjadi..malam tu papa rehat di samping mama... |
 |
| Alhamdulillah, esoknya aku ke wad..gembira dengan perkembangan papa... boleh duduk , boleh bercakap tetapi suara agak sukar untuk di dengar..banyak yang aku ingin tanyakan tp risau kalau2 ia menyusahkan papa untuk memaksa suara tu keluar..maka aku hanya diam menanti apabile di perlukan.. Aku picit2 lengan papa untuk menghilangkan rasa lenguh badan.. dalam hati aku menahan rasa..aku nmpk kuat di luar..dalam berperang dengan perasaan..takut sampai menitiskan air mata di depan family..sedangkan depan kawan2 pun aku mahu tunjukkan yang aku kuat melawan perasaan.. |
 |
| inilah bekas jahitan di perut papa..aku ambil ketika papa sedang tidur..ngeri pada mulanya melihat tempat papa dibedah..namun kesian pula tiba bila memikirkan papa yang menanggung rasa sakit setelah hilang ubat bius.. |
Seterusnya aku telah berhenti ambil gambar..ntahlah kenapa tapi tiap kali aku keluarkan hp, pasti aku tenung hp dan memikirkan apa yang aku nak buat sebenarnya..seakan satu petanda telah aku terima supaya memberhentikan ambil gambar papa dan apa yang berlaku disekeliling.. sampaikan gambar hari raya juga aku terlupa..malah aku terlupa untuk bersalaman dengan papa di hari raya.. itu yang sangat2 aku terkilan..cuma sebelum bertolak ke A.Star aku sempat cium papa..itulah ciuman terakhir ketika masih bernyawa.. terkilan sebab tak sempat hantar papa pergi.. bertuah abgchik dan mama..mereka dapat bacakan papa yaasiin, dan bantu papa mengucap kalimah syahadah..Allah maha Mengetahui kenapa Dia izinkan aku ke A.Star..dan bukannya melihat papa pergi dengan mata ku sendiri..mungkin aku mmg betul2 tak kuat jika ia berlaku depan mata... sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ipoh tu mama ada mesej, menasihati ku supaya jangan meraung ketika melihat jenazah papa..ye mama, adik tahu dan adik ingat..dulu2 papa pun ada ckp mcm tu kat adik.. dan tahun ni, November bakal menjelang tak lama lagi.. ulang tahun kelahiran ku dan papa dalam bulan yang sama..hanya aku seorang je yang tak sempat terima ucapan dr papa..adik beradik ku yang lain semua sempat.. tiada lagi mesej terawal dari papa mengucapkan selamat hari lahir untuk ku..ada berguna juga aku simpan mesej2 hari jadi dari papa untuk tahun2 yang lepas.. sebab tahun ni dah xde lagi dr papa... kadang2 bile aku duduk sorang2 tiba2 aku menangis..menangis terkenangkan papa.. memori aku anak manja papa semakin galak bermain di minda..bila aku tengok student2 ku balik kelas ayh dorg amik, aku teringat kt papa.. bile ku tgk gambar kawan2 kawen berwalikan ayh dorg, ku teringatkan hasrat terakhir papa, bile ku tgk satu family makan malam bersama, ku teringat kat papa..semua mengingatkan ku pada papa.. Hanya masa yang boleh membuatkan ku leka, bukan untuk lupakan papa tapi untuk membawa ku ke dunia nyata.. Hanya doa ku titipkan untuk papa sebagai pengubat rindu.. Semoga papa aman di sana, mendapat tempat dengan para solihin dan syuhada serta mendapat syafaat Nabi Muhamad saw.. Semoga papa juga akn menanti kami di syurga.. Amiinnn...