Bismillahirahmanirahim..
Malam in malam Nisfu Syaaban;
Ya Rahman,
Berdendangkan alunan Surah Yaasin, sayu hati aku mengenangkan dosa-dosa aku, Ya Allah;
Apakah layak untuk aku bergelar hambaMu?
Apakah layak untuk aku memegang amanah yang telah Engkau perintahkan padaku sewaktu roh aku di atas sana?
Permainan apakah yang aku sedang mainkan ini Ya Allah?
Mudah saja aku mengingkariMu;
Ya Rahim,
Lima kali sehari aku mendengar panggilanMu;
Namun tidak sekali pun aku menyahut..
Cuma aku menyahut tatkala hati terasa ingin..
MashaAllah...celakanya hambaMu ini, Ya Allah;
Bukan tiada kesedaran dalam diri;
Malah aku cemburu melihat hambaMu yang rajin berjumpa denganMu;
Aku mahu seperti itu;
Aku mahu mengadu padaMu dari mengadu di facebook, tumblr atau twitter;
Aku ingin menjadi hambaMu yang sentiasa ingatMu dan tenang dalam percaturan dunia;
Namun aku lebih utamakan duniawi dan kepuasan diri tanpa mempedulikan bahawa segalanya adalah dariMu jua, Ya karim;
Ya Fattah(Maha Pembuka),
Tunjukkan padaku jalan kebenaran;
Tunjukkan padaku bahawa aku masih disayangiMu;
Balaslah segala kejahatan aku;
Balaslah segala kesalahan aku;
Matikanlah nafsuku;
Matikanlah aku Ya Allah!
Matikan aku dalam dakapan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah!
Ya Sami'(Maha Pendengar),
Ampunkan kekhilafan ku;
Ampunkan kerakusan nafsuku;
Ampunkan setiap anggota tubuhku;
Ampunkan akal dan hatiku:
Ampunkan kesalahan besar selama 24 tahun aku di dunia ini;
Di mana sedikit pun aku tidak merasa sebarang kebaikan yang aku lakukan;
Malah pendirian ku tidak sama dengan tindakan jasadku;
Adakah itu balasan kecil dariMu untuk ku?
Aku tahu ia salah namun aku masih berharap nyawaku dicabut awal sebelum aku terus hayut;
Tapi Kau terus memberi aku peluang untuk menambah amalan untuk bekalan sana;
Amalan yang jelas namun aku masih persiakannya;
Ya Jalil(Maha Sempurna)
HambaMu terlalu banyak di dunia ini;
Namun Kau mampu menjaga malah memberikan sejuta nikmat yang Kau ada;
Aku, hanya mempunyai Kau sahaja namun aku gagal mensyukuri segala pemberian Kau;
Ampunkan aku Ya Allah!!
Ampunkan aku!
Bantulah aku Ya Allah;
Bantulah aku, peganglah aku, pimpinlah aku dalam mencari jalanMu semula;
Apa jua cara Ya Allah, cucilah semula hati aku ini seperti mana yang Engkau perintahkan ke atas Malaikat Jibril as dan Mikail as mencuci hati Baginda Rasulullah saw;
Aku merayu padaMu Ya Allah;
Aku merayu untuk menjadi sehelai kain putih semula;
TUMBLR Dikte?
4 weeks ago



0 comments:
Post a Comment